Pihak berkuasa Amerika Syarikat lapor kes jangkitan selesema burung H5N5 pada manusia
Seorang individu di Amerika Syarikat dijangkiti subjenis selesema burung H5N5, menurut pihak berkuasa kesihatan di Washington pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Seorang individu di Amerika Syarikat dijangkiti subjenis selesema burung H5N5, menurut pihak berkuasa kesihatan di Washington pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Virus itu dikesan melalui ujian yang dijalankan terhadap seorang lelaki dari wilayah Grays Harbour selepas beliau dimasukkan ke hospital dengan gejala selesema pada awal bulan ini, menurut Jabatan Kesihatan di Washington.
Ini merupakan kali pertama subjenis H5N5 sedemikian dikesan pada manusia, menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, ia hanya dikesan pada haiwan. Tiada butiran lanjut diberikan.
Namun, pihak berkuasa dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) terus mengklasifikasikan risiko terhadap orang awam sebagai “rendah”.
Lelaki warga emas itu mempunyai masalah kesihatan sedia ada dan masih menerima rawatan di hospital, menurut jabatan berkenaan. Beliau memelihara unggas domestik yang mempunyai kontak dengan burung liar.
Menurut laporan media Amerika Syarikat, ini adalah kes pertama selesema burung pada manusia dalam tempoh sembilan bulan.
CDC mendokumenkan kes-kes di Amerika Syarikat melibatkan individu yang dijangkiti selesema burung. Menurut laman agensi itu, terdapat 71 kes setakat ini, namun tidak jelas subjenis mana yang terlibat.
Selesema burung atau avian influenza adalah penyakit berjangkit yang sering membawa maut dalam banyak spesies burung dan unggas.
Sejak 2022, gelombang selesema burung terbesar yang pernah direkodkan berlaku di beberapa benua.
Namun, ia melibatkan virus H5N1 yang sangat patogenik. Ia kebanyakannya menjangkiti burung, tetapi turut dikesan pada beberapa mamalia.
Subjenis H5N1 ini juga boleh menjangkiti manusia pada dos jangkitan yang tinggi, meskipun kesnya jarang berlaku.
Institut Robert Koch di Jerman bagi kawalan penyakit sebelum ini menyatakan bahawa tiada kes H5N1 pada manusia dikesan di negara itu.

Sumber : Bernama/NK/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.