Skip to main content

Dunia

Pihak berkuasa Amerika beri amaran ribut hampiri wilayah timur laut

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat Kristi Noem memberi amaran bahawa satu lagi bencana alam sedang menghampiri wilayah di timur laut, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Anggaran Waktu Membaca:
Pihak berkuasa Amerika beri amaran ribut hampiri wilayah timur laut
Ribut musim sejuk menghampiri negeri timur laut di Amerika Syarikat. (Gambar: AP/Derek Gee)
Diterbitkan : 22 Feb 2026 10:20PM
WASHINGTON: Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat Kristi Noem memberi amaran bahawa satu lagi bencana alam sedang menghampiri wilayah di timur laut, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Berdasarkan anggaran terkini 2025 daripada Biro Banci Amerika Syarikat, kira-kira 58 juta orang tinggal di wilayah itu, menurut pengiraan yang dibuat oleh RIA Novosti.

"Hujung minggu ini, satu lagi ribut musim sejuk yang ketara diramalkan memberi kesan kepada Pertengahan Atlantik dan Timur Laut Amerika Syarikat dari Ahad hingga Isnin," kata Cik Noem di platform X.

Cik Noem menjelaskan bahawa ribut salji, salji lebat, dan angin kencang berkemungkinan berlaku dari New Jersey hingga ke tenggara New England, dengan kawasan pesisir pantai dijangka terjejas paling teruk, kata beliau.

Salji lebat yang melanda Amerika Syarikat pada Januari menjejaskan sebahagian besar negara tersebut. Wilayah selatan seperti Tennessee, Mississippi, dan Louisiana, yang tidak biasa dengan musim sejuk yang melampau, terjejas paling teruk. Wilayah-wilayah tersebut dilitupi salji, dan di sesetengah kawasan, hujan beku turun, mengakibatkan pembatalan penerbangan yang meluas, gangguan bekalan elektrik, dan peningkatan kematian berkaitan cuaca.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita