Piano milik Freddie Mercury dilelong pada harga £1.74 juta
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Daniel LEAL / AFP)
LONDON: Piano yang digunakan penyanyi kugiran Queen, Freddie Mercury, bagi menggubah hampir kesemua lagunya serta manuskrip asal 'Bohemian Rhapsody' telah dilelong di London pada Rabu (6 Sep).
Piano buatan Yamaha itu dijual pada harga £1.74 juta manakala manuskrip 'Bohemian Rhapsody' mencecah £1.38 juta.
Barangan tersebut adalah antara lebih 1,400 memorabilia Mercury yang dilelong di Sotheby's.
Antara barangan yang pertama dijual termasuk pintu rumahnya di Garden Lodge, West London yang dilelong pada harga £412,750.
Menurut pegawai Sotheby's, Oliver Barker, manuskrip 'Bohemian Rhapsody' mengandungi 15 muka surat dalam catatan menggunakan pensel dan pen.
Tajuk asal lagu tersebut iaitu 'Mongolian Rhapsody' turut tertera.
Mercury membeli piano berkenaan pada tahun 1975 selepas pencarian enam bulan bagi mendapatkan alat ideal untuk menggubah lagunya.
Seramai 2,000 pembida dari 61 negara mendaftar diri dalam lelongan berkenaan.
Sebahagian daripada keuntungan jualan itu akan didermakan kepada Badan Kebajikan Mercury Phoenix dan Yayasan AIDS Elton John yang terlibat dalam usaha memerangi AIDS.
Lelongan akan diteruskan secara online pada minggu depan.
Barangan peribadi lain termasuk lukisan dari Chagall, Dali, Picasso dan James Jacques Joseph Tissot, turut akan dilelong.
Kesemua koleksi tersebut dijual oleh bekas tunang Mercury, Mary Austin yang telah diwariskan hartanya.
Austin percaya Mercury, yang meninggal dunia pada usia 45 tahun akibat AIDS akan mempersetujui lelongan barangan tersebut.

Sumber : AFP/AW/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.