Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Piala Dunia 2022: Lebih 120 ditahan dalam keganasan perkauman di Perancis

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia 2022: Lebih 120 ditahan dalam keganasan perkauman di Perancis

(Gambar: Julien De Rosa/AFP)

PARIS: Lebih 120 orang ditahan pada Rabu (15 Dis) menyusuli "keganasan perkauman" di Paris dan beberapa bandar lain selepas Perancis memenangi perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2022 dengan mengetepikan Maghribi.

Kira-kira 10,000 pegawai polis dikerah di seluruh Perancis ekoran kebimbangan kemungkinan berlaku rusuhan termasuk 5,000 anggota ditempatkan di kota Paris dan kawasan sekitarnya, lapor Agensi Anadolu.

Penyokong Maghribi berdepan serangan secara lisan dan fizikal daripada beberapa kumpulan ketika meraikan kemenangan Perancis itu.

Sekurang-kurangnya 115 orang ditahan di kota Paris dan kawasan sekitarnya, lapor media tempatan.

Keganasan turut dilaporkan berlaku di bandar utama lain seperti Lyon, Nice dan Montpellier.

Anggota Parlimen Perancis Thomas Portes mengutuk "serangan yang dirancang" dan "keganasan perkauman" itu. 

“Kita hampir dengan tragedi. Kita mesti bertindak,” tulisnya di Twitter.

Seorang lagi Anggota Parlimen Antoine Leaument berkata: "Tindakan bersifat perkauman adalah jenayah dan menyeru agar pelaku dihukum mengikut undang-undang Perancis.”

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan