Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Piala Dunia 2022: Croatia tempat ketiga, kalahkan Maghribi 2-1

Anggaran Waktu Membaca:
DOHA: Croatia muncul pasukan ketiga terbaik Piala Dunia Qatar 2022 selepas mengalahkan Maghribi 2-1 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu (17 Dis).

Kemenangan itu sedikit sebanyak mengubati kekecewaan pasukan The Blazers selepas gagal mengulangi pencapaian tahun 2018 di Rusia dengan mara ke perlawanan akhir.

Bagi Maghribi pula, prestasinya di Piala Dunia 2022 adalah yang terbaik dan mencipta sejarah.

Ia merupakan negara Afrika dan Arab yang pertama maju ke peringkat separuh akhir Piala Dunia.

Dalam perlawanan merebut tempat ketiga, Croatia yang menjadi pasukan pilihan bermula dengan garang apabila membuka jaringan menerusi tandukan pemain pertahanan, Josko Gvardiol pada minit ketujuh.

Bagaimanapun, hanya dua minit kemudian Maghribi berjaya menyamakan kedudukan. Tendangan percuma Hakim Ziyech terbias pemain tengah Croatia, Lovro Majer dan disambar Achraf Dari untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Pada minit ke-42, menerusi tendangan cantik Mislav Orsic, Croatia berjaya menjaringkan gol kedua Croatia.

Skuad pimpinan Walid Regragui mempunyai beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan dalam babak kedua namun ketangkasan penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic menggagalkan semua percubaan pemain Maghribi hendak menembusi gawangnya.
 
Sumber : Agensi berita/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan