Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Piala Dunia 2022: Belanda padamkan impian AS untuk mara ke suku akhir

Anggaran Waktu Membaca:
DOHA: Belanda mara ke suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas menumbangkan Amerika Syarikat (AS) 3-1 dalam perlawanan pusingan 16 terbaik di Stadium Antarabangsa Khalifa tengah malam Ahad (4 Dis).

Gol daripada Memphis Depay, Daley Blind dan Denzel Dumfries memastikan langkah bergaya Oranje selaku lapan pasukan terbaik.

Amerika Syarikat (AS) menamatkan kempennya biarpun berhasil memperoleh satu gol daripada Haji Wright.

Dumfries muncul pemain paling menyerlah dalam pertemuan kali ini, di mana dia terlibat dengan ketiga-tiga gol pasukannya.

Gol pertama Belanda diperoleh pada minit ke-10 hasil jaringan Memphis Depay selepas mendapat umpanan menarik daripada Denzel Dumfries.

Belanda menggandakan jurang jaringan pada masa kecederaan menerusi jaringan Daley Blind yang mematikan langkah penjaga gawang Matt Turner.

Gol tunggal pasukan Pasuka AS dihasilkan pada minit ke-75 menerusi pemain Haji Wright.

Belanda terus mengorak langkah dengan memperoleh gol ketiga pada minit ke-81 menerusi jaringan Dumfries. Kedudukan kekal 3-1 sehingga wisel penamat.

Dengan tersingkirnya AS, bermakna tiada pasukan Konfederasi Persatuan Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF) yang berjaya meneruskan aksi di Qatar.

Pasukan Kanada, Mexico dan Costa Rica juga telah tersingkir sebelum ini.

Belanda seterusnya akan bersemuka dengan Argentina bagi penentuan ke separuh akhir.
Anda boleh ikuti kesemua 64 perlawanan Piala Dunia di Qatar secara langsung di meWATCH.

Layari laman meWATCH untuk mendapatkan maklumat penuh.

 
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan