Piala Dunia 2022: Argentina tumpaskan Australia 2-1 untuk ke suku akhir
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Twitter/Opta Joe
AL RAYYAN: Lionel Messi meraikan jaringan pertamanya di peringkat kalah mati Piala Dunia menerusi penampilan yang ke-1,000 dalam kerjayanya sambil memberi penghargaan kepada penyokong Argentina selepas membantu negaranya mara ke suku akhir di Qatar.
Messi membuka tirai jaringan ketika Argentina menyingkirkan Australia 2-1 di Stadium Ahmad bin Ali pada awal pagi Ahad (4 Dis).
Perlawanan itu menyaksikan Julian Alvarez menjaringkan gol sebelum gol sendiri Enzo Fernandez sempat meletakkan mereka dalam situasi cemas.
Messi mengakui saat-saat akhir amat tegang.
"Kami sudah dapat mara ke peringkat seterusnya, itu perkara yang paling penting," kata Messi di sidang media selepas perlawanannya itu.
“Saya sangat gembira kerana dapat mengorak langkah ke hadapan dan mencapai satu lagi objektif,” tambahnya lagi.
Anda boleh ikuti kesemua 64 perlawanan Piala Dunia di Qatar secara langsung di meWATCH.
Layari laman meWATCH untuk mendapatkan maklumat penuh.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.