Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Phuket bakal jadi pusat perkembangan tulisan Jawi dan bahasa Melayu pertama di selatan Thailand

Anggaran Waktu Membaca:
Phuket bakal jadi pusat perkembangan tulisan Jawi dan bahasa Melayu pertama di selatan Thailand

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 06 Aug 2022 06:07PM Dikemas Kini : 06 Aug 2022 06:07PM

PHUKET: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bercadang menjadikan Phuket sebagai pusat perkembangan tulisan jawi dan bahasa Melayu pertama di wilayah selatan Thailand.

Ketua Pengarah DBP Abang Salehuddin Abang Shokeran berkata sebagai langkah awal, pihaknya akan melatih Munsyi Jawi (guru tulisan jawi) dalam kalangan penduduk tempatan untuk mengajar sistem ejaan jawi terkini dengan lebih sistematik.

"Munsyi Jawi akan menjadi duta kepada DBP bukan hanya mengajar tulisan jawi tetapi turut membugarkan bahasa Melayu di wilayah selatan Thailand.

"Pada peringkat permulaan kita akan memberi fokus kepada usaha di Phuket terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke enam wilayah Adaman iaitu Krabi, Ranong, Phuket, Phang Nga, Trang dan Satun," katanya kepada pemberita pada Sabtu (6 Ogos). 

Terdahulu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipetua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyampaikan plak lawatan Program Ziarah Mahabbah 2022 kepada wakil peserta Jawi DBP yang terdiri daripada guru sekolah sekitar Phuket.

Abang Salehuddin berkata kebanyakan daripada masyarakat di Phuket sudah mempunyai asas penulisan jawi dan tujuan DBP pula adalah untuk mendedahkan sistem baru ejaan tulisan jawi yang digunakan di Malaysia.

Seramai 35 delegasi daripada MAIPs menyertai Program Ziarah Mahabbah 2020 ke Phuket yang berlangsung sejak Jumaat (5 Ogos). 

Sumber : Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa