Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PH yakin boleh rampas kerusi Rantau: Mat Sabu

Pakatan Harapan (PH) yakin dapat merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihraya Raya Kecil (PRK) kali ini, kata Timbalan Presiden PH Mohamad Sabu.

Anggaran Waktu Membaca:
PH yakin boleh rampas kerusi Rantau: Mat Sabu

Encik Mohamad Sabu. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 30 Mar 2019 04:58PM Dikemas Kini : 30 Mar 2019 05:01PM

LANGKAWI: Pakatan Harapan (PH) yakin dapat merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihraya Raya Kecil (PRK) kali ini, kata Timbalan Presiden PH Mohamad Sabu.

Beliau berkata sekiranya PH mahu menang ia memerlukan kerja keras serta komitmen penuh jentera parti berkenaan.

“Kita bersiap-siaga sekarang kerana kita mampu, antara isu dimainkan adalah ekonomi negara dan kita akan menjawab kepada rakyat.

“Setiap kali pada PRK, kita kena yakin menang, cuma siapa yang menang akan ditentukan pada 14 April nanti, terserah kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka, pilih PH pun tidak apa, tolak BN pun tidak apa,” katanya pada sidang media sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Beliau berkata demikian hari ini (30 Mac) ketika diminta mengulas mengenai penamaan calon PRK DUN Rantau.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Dr S.Streram, Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas, Malarvizhi Rajaram serta Mohd Nor Yassin.

PRK berkenaan diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN berkenaan pada PRU14, terbatal dan tidak sah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 April sebagai hari mengundi, manakala 9 April sebagai hari mengundi awal.

DUN Rantau mempunyai lebih 20,900 pemilih berdaftar terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir luar negara.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan