Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PH tidak akan bubar DUN Pulau Pinang, Selangor & Negeri Sembilan

Anggaran Waktu Membaca:
PETALING JAYA: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Astro Awani melaporkan Pengerusi PH Anwar Ibrahim sebagai berkata keputusan itu diambil bagi memastikan persiapan dibuat untuk menangani banjir di tiga negeri tersebut.

"Oleh demikian saya dan parti Amanah yang mempunyai pendirian sama pada peringkat awal, Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengambil masa menjelaskan pendirian mereka.

"Tapi akhirnya, Setiausaha Agung DAP (Anthony Loke) memutuskan bahawa kita, PH dan tiga negeri (di bawah pentadbiran) PH akan bersama membuat keputusan menangguhkan pilihan raya negeri supaya tumpuan dibuat menangani permasalahan banjir," jelasnya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden PH di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya, pada Sabtu (15 Okt).

Menurut Encik Anwar, keputusan itu dibuat selepas perbincangan diadakan bersama DAP dan Amanah serta wakil rakyat di beberapa negeri berkenaan, lapor Astro Awani.

Dalam pada itu, Encik Anwar menegaskan kerajaan sekarang sepatutnya memberi tumpuan kepada persiapan berdepan dengan banjir dan bukannya pilihan raya.

"Pertama kita menolak kerakusan pemerintah memaksa pilihan raya dalam keadaan rakyat derita susah menghadapi banjir.

"Kedua, kita mahu jentera kerajaan yang sah dan punyai mandat menumpukan bukan pada pilihan raya atau kedudukan mereka, tetapi sepenuhnya tumpu persiapan dan penyelesaian mengurangkan beban kesukaran hidup mangsa-mangsa banjir," jelas Encik Anwar seperti ditukil Astro Awani.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Presiden Amanah Mohamad Sabu turut hadir semasa sidang media tersebut.
Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan