Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PH terbuka kerjasama dengan parti lain untuk PRU15

Pakatan Harapan (PH) bersikap terbuka sekiranya ada mana-mana parti pembangkang yang berhasrat menyertai gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
PH terbuka kerjasama dengan parti lain untuk PRU15

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 03 Jan 2021 09:32PM Dikemas Kini : 03 Jan 2021 09:34PM

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) bersikap terbuka sekiranya ada mana-mana parti pembangkang yang berhasrat menyertai gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Bagaimanapun Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata parti pembangkang itu harus bersedia menerima prinsip yang diperjuangkan gabungan tersebut.

"Ada juga cadangan tentang mengundang pembangkang lain, kita tiada masalah, kita akan jelaskan apa prinsip kita perjuangkan iaitu menolak rasuah… kronisme dan saya percaya sebahagiannya menerima. Soal setuju atau tidak, itu hak mereka, kita tidak paksa tetapi ambil pendekatan terbuka," katanya dalam sidang media selepas program 'Sepetang 2021 Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim' di sini hari ini (3 Jan).

Mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang mendakwa PH tidak akan meraih sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang sekiranya gabungan itu enggan bekerjasama dengan beliau, Encik Anwar berkata itu hanya andaian.

"Kita terbuka (bekerjasama dengan Dr Mahathir), jika beliau tidak mahu, kita ajak rakan lain, kita tidak boleh memaksa," katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan