Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PH sukar lakukan perubahan sewaktu pentadbiran kerana Dr Mahathir tidak komited, kata Anwar Ibrahim

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika 22 bulan pentadbiran kerana diketuai oleh seorang yang tidak berminat melakukan perubahan. 

Pengerusi PH Anwar Ibrahim mendakwa, situasi itu dapat dilihat selepas beberapa bulan gabungan itu mentadbir, politik Malaysia kembali kepada isu perkauman. 

Beliau menjelaskan, terdapat siri pertemuan tertutup dengan beberapa menteri dan pemimpin Melayu dilakukan membuktikan perkara yang sama.

"Benar kerajaan Pakatan Harapan dalam masa 22 bulan tidak benar-benar bersedia tetapi masalah utama kerana diketuai oleh seorang yang bukan reformis.

"Dan selepas beberapa bulan ia terbukti, dia (Dr Mahathir Mohamad) sebahagian daripada konspirasi mengembalikan isu perkauman termasuk Kongres Kebangkitan Melayu.

"Kita cuba untuk melakukan reformasi tetapi sukar kerana yang mengetuai kerajaan ketika itu tidak komited," dakwanya, seperti dipetik Astro AWANI. 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangkok sempena lawatan kerjanya sebagai Ketua Pembangkang ke Thailand.

Encik Anwar menegaskan, biarpun beliau tidak melupakan kepentingan hak orang Melayu itu tidak bermakna hak kaum lain di Malaysia perlu diabaikan.

Jelas Encik Anwar lagi, prinsipnya tetap sama iaitu ketika kepentingan orang Melayu perlu dijaga dan dipertahankan, kaum lain tidak boleh disisihkan.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan