Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PH selesai agihkan kerusi bagi PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
PH selesai agihkan kerusi bagi PRU15

Setiausaha Agung PH, Saifuddin Nasution Ismail. (Gambar: Bernama)

BUKIT MERTAJAM: Pengagihan kerusi Parlimen dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) di seluruh negara bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sudah selesai, kata Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata rundingan berkaitan agihan kerusi dalam kalangan empat parti komponen utama PH iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), sudah selesai.

Encik Saifuddin, yang juga Setiausaha Agung PKR, bagaimanapun, berkata rundingan agihan kerusi dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih belum dimuktamadkan.

"Namun, rundingan agihan kerusi untuk MUDA dan PSM akan dimuktamadkan Sabtu ini oleh pimpinan tertinggi selepas Jawatankuasa PH mengadakan perbincangan dengan dua parti itu Ahad lepas,” katannya kepada wartawan selepas majlis pelancaran Pusat Operasi PH Parlimen Bukit Mertajam pada Khamis malam (26 Okt).

Pusat operasi itu dilancarkan Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng dan ia turut dihadiri Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, yang juga Ketua Menteri, Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad, dan penyandang kerusi Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Mengulas lanjut, Encik Saifuddin berkata jika kerusi yang dituntut MUDA dan PSM bertembung dengan mana-mana kerusi empat komponen PH, perbincangan akan dibuat melibatkan antara dua parti itu dengan parti komponen yang terlibat sahaja.

"Kita (parti komponen PH) akan cuba elak bertembung sesama kita (MUDA dan PSM) di PRU15 nanti," katanya.

Sementara itu, beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu membayangkan akan mempertahankan kawasan tersebut semasa PRU15 pada 19 November ini.

"Namun, saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan di mana saya bertanding," katanya.

Di PRU14, Saifuddin menang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu dengan majoriti 4,860 undi.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan