Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PH sedia pertimbang terima pemimpin UMNO dipecat, kata Anwar Ibrahim

Anggaran Waktu Membaca:
PH sedia pertimbang terima pemimpin UMNO dipecat, kata Anwar Ibrahim

(Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)

TAMBUN: Pakatan Harapan (PH) sedia mempertimbangkan penyertaan pemimpin UMNO yang dipecat untuk menyertai gabungan parti itu.

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim berkata, penyertaan itu bagaimanapun perlu mendapat pandangan daripada pemimpin lain bagi menjaga kerukunan Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang permintaan untuk menyertai komponen dalam PH, lapor Sinar Harian.

"Ini sebenarnya keputusan dalaman disiplin (parti) masing-masing tetapi tidak ada timbul lagi sebarang pelawaan untuk bersama."

"Sekiranya ada kita akan teliti dan tentunya mendapat pandangan pimpinan lain dan juga menjaga kerukunan, kedamaian dan juga Kerajaan Perpaduan. Kita beri pertimbangan yang lebih luas," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun di Jalan Meru Bestari A14, Meru Raya, pada Ahad (30 Jan), lapor Sinar Harian.

Pada Jumaat (27 Jan), media melaporkan UMNO memecat bekas Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden parti, Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan