PH kekal kerjasama dengan UMNO-BN pada pilihan raya akan datang: PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)
BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan tetap bekerjasama dengan UMNO- Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Encik Anwar berkata, kerjasama perlu diteruskan demi memastikan kestabilan negara kini dan pada masa depan, lapor Sinar Harian.
Beliau turut menjelaskan bahawa mengekalkan Kerajaan Perpaduan sedia ada adalah wajar memandangkan tiada parti politik di Malaysia yang mampu memperoleh majoriti selesa untuk membentuk kerajaan Persekutuan.
"Kita telah melihat hasil beberapa pilihan raya baru-baru ini, dan sukar bagi mana-mana parti untuk mendapatkan majoriti yang kukuh.
"Walaupun ada yang berjaya memperoleh majoriti, kemungkinan besar majoriti itu tipis dan mungkin tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan yang stabil," katanya semasa Program Sesi Temu Bersama Anwar di Karnival GEN-AI: Generasi Ada Idea di Bukit Mertajam, Penang, pada Sabtu (2 Nov).
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang mahasiswa yang menyertai program tersebut.
Menurut Encik Anwar, dalam tempoh dua tahun yang lalu, Malaysia dianggap sebagai salah satu negara paling stabil di rantau ini, menarik perhatian dan minat negara-negara lain.
"Ketika Malaysia ingin menyertai BRICS baru-baru ini, negara ini termasuk dalam kalangan 30 negara teratas yang permohonannya diterima tanpa sebarang halangan.
"Semasa perbincangan, saya dimaklumkan bahawa mesyuarat berlangsung di lapan negara anggota yang dipengerusikan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin.
"30 pemohon, Malaysia merupakan antara negara yang disyorkan untuk diterima awal, terutamanya disebabkan potensinya, kedudukannya yang strategik, serta hubungan baiknya dengan banyak negara," katanya, seperti dinukil laporan Sinar Harian,
Encik Anwar menegaskan bahawa Malaysia menerima sokongan besar hasil daripada kestabilan negara yang turut melibatkan sokongan daripada gabungan seperti UMNO-BN.
Beliau menambah bahawa kestabilan tersebut menjadi asas penting bagi hala tuju dasar negara yang jelas, baik pada masa kini mahupun pada masa hadapan.
Kerajaan Perpaduan terbentuk pada tahun 2022 selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tiada parti berjaya mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan.
Sebanyak 18 parti di dalam Kerajaan Perpaduan terdiri daripada lima gabungan politik iaitu PH, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan).
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang sebelum ini menyertai Kerajaan Perpaduan kemudiannya bertindak menarik diri dan menyertai blok pembangkang sebagai kuasa ketiga.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.