Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PH gariskan 10 keutamaan dalam manifesto PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
PH gariskan 10 keutamaan dalam manifesto PRU15

(Gambar: Anwar Ibrahim/Facebook)

KUALA LUMPUR: Perikatan pembangkang, Pakatan Harapan, pada Rabu (2 Nov) membentangkan manifestonya untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia.

PH akan beri tumpuan kepada 10 bidang utama bagi tangani isu kos sara hidup, pendidikan dan pekerjaan, jika menang pada 19 November kelak. 

Pengerusi PH Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa bidang-bidang tumpuan tersebut adalah bagi menjamin kesejahteraan rakyat menerusi pertumbuhan ekonomi.

Ia juga untuk memulihkan keyakinan rakyat menerusi pentadbiran yang cekap serta menyiapkan Malaysia untuk cabaran masa hadapan.

PH ingin membangunkan semula Malaysia yang didakwa dihancurkan kerajaan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional sepanjang 30 bulan lalu.

Ia juga berikrar untuk menyelamatkan generasi yang disifatkan sebagai 'kehilangan' dalam bidang pendidikan. Ini setelah pandemik COVID-19 mendedahkan banyak kelemahan kepada sistem pendidikan Malaysia.

Namun, timbul persoalan bagaimana perikatan itu merancang untuk memenuhi janji-janjinya itu.

Ini kerana, semasa pilihan raya lalu, manifestonya dinilai terlalu luas - ingin mencapai 10 perkara dalam tempoh 100 hari.

Untuk PRU15 kali ini, tiada tempoh waktu ditetapkan PH. Sebaliknya, semua pembaharuan akan dilaksanakan secara beransur-ansur. 

"Kita ada jangka masa 5 tahun, tetapi ada keutamaan yang kita mula sekarang, yang boleh, tapi tertakluk kepada keupayaan kewangan. Jadi, jawapan kita ialah, komitmen kita mesti diteruskan," kata Encik Anwar. 

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan