PH buat perubahan kecil calon susuli pengumuman BN
Anggaran Waktu Membaca:

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). (Gambar: Bernama)
KLANG: Pakatan Harapan (PH) akan melakukan perubahan kecil ke atas senarai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan pengumuman barisan calon Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi PH Anwar Ibrahim.
Encik Anwar berkata walaupun PH sudah mengumumkan calon mereka namun beliau akan berbincang dengan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Amanah Mohamad Sabu susulan pengumuman yang dibuat BN pada Selasa (1 Nov).
"Terdapat beberapa perubahan kecil berdasarkan pengumuman BN," katanya pada sidang media selepas melancarkan manifesto PH bagi PRU15 pada Rabu (2 Nov).
Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa mengumumkan calon gabungan itu yang bertanding di Semenanjung Malaysia pada pilihan raya akan datang, termasuk dirinya untuk mempertahankan kerusi Bagan Datuk dan Perdana Menteri Ismail Sabri di Bera.
Ditanya adakah PH tergugat dengan calon yang diumumkan BN dan Perikatan Nasional (PN), Anwar berkata: "Tidak."
Mengenai jumlah kerusi yang disasarkan oleh PH untuk menang dalam pilihan raya umum kali ini, Anwar berkata PH menyasarkan untuk memperoleh 112 kerusi dengan majoriti mudah.
"Kami agak realistik...untuk mendapatkan majoriti mudah. Dan insya-Allah dengan kempen berterusan dan tahap sokongan yang kami saksikan, rakyat lebih bersemangat dan teruja untuk menyokong PH,” katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.