PH buat laporan polis terhadap ucapan pemimpin PAS
Anggaran Waktu Membaca:

Mantan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Syeikh Zainul Asri Mohd Romli. (Gambar: Agensi berita)
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap mantan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Syeikh Zainul Asri Mohd Romli berikutan ucapannya semasa Himpunan Kedah Berselawat Sabtu lalu (24 Jun).
Laporan polis berkenaan dibuat oleh Ketua Biro Mobilisasi Pusat Media PH Kapten (B) Muhammad Yahaya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pagi Isnin (26 Jun).
Menurut Encik Muhammad, laporan berkenaan dibuat susulan ucapan Syeikh Zainul Asri yang menyebut "semoga Allah mempertahankan Kedah daripada jatuh ke tangan musuh Allah".
Menurutnya, ungkapan berbaur propaganda berkenaan seolah-olah menggambarkan hanya PAS dan Perikatan Nasional sahaja bersama Allah manakala parti yang lain adalah musuh Allah.
Ungkapan berkenaan, tambah beliau, yang dibuat ketika negeri berkenaan sedang bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya negeri dilihat "amat tidak sihat" dan "boleh menyemai perasaan benci dan ekstremisme kepada rakyat".
"Kami berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera terhadap individu berkenaan selain mengharamkan penggunaan istilah agama dalam kempen pilihan raya negeri yang akan datang," katanya ketika ditemui wartawan selepas membuat laporan polis berkenaan di IPD Dang Wangi pada Isnin.
Encik Muhammad berkata penggunaan istilah agama perlu dihentikan ketika berpolitik kerana ditakuti akan disalah erti dan membawa kepada keganasan dan ekstremis agama.
"Penggunaan istilah agama seperti ini perlu dielakkan dalam pilihan raya negeri akan datang bagi menjaga keharmonian negara," katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.