PH, Amanah bakal berdepan cabaran sukar pada PRU15

(Gambar: Agensi berita)
SEREMBAN: Parti Amanah dan gabungan Pakatan Harapan (PH) bakal berdepan cabaran amat sukar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disebabkan pelbagai masalah dalaman, kata presiden Amanah Mohamad Sabu.
“Masih ada riak-riak dan gejala-gejala yang amat tidak saya senangi. Ketika berdepan PRU15 ini nanti, saya mahu ahli-ahli bersaing secara terbuka dan sihat, dalam rangka 'Fastabiqul Khairat' - atau "Perlumbaan Yang Baik".
“Tidak wajar ia menjejas kelancaran dan kemajuan parti dan organisasi terutama dalam persiapan pilihan raya nanti,” katanya semasa merasmikan Konvensyen Amanah Nasional 2022 dengan tema Amanah Untuk Malaysia pada Sabtu (17 Sep).
Pada sidang media selepas itu Encuk Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata rundingan agihan kerusi antara parti PH bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka akan diselesaikan hujung bulan ini.
Pada Jumaat (16 Sep), Naib Pengerusi PH Salahuddin Ayub berkata kira-kira 70 peratus daripada 52 kerusi yang ditandingi Bersatu pada PRU14 selesai dirunding antara parti gabungan PH.
Konvensyen Amanah 2022 yang akan berakhir pada Ahad (18 Sep) dihadiri oleh lebih 800 perwakilan seluruh negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.