Skip to main content

Dunia

Pfizer pertahan harga mahal vaksin COVID-19

Ketua Pfizer berkata pada Khamis bahawa vaksin COVID-19 keluarannya, yang antara termahal di pasaran, tidak lebih mahal daripada kos satu hidangan makanan dan tidak akan dijual kepada negara miskin untuk meraih keuntungan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pfizer pertahan harga mahal vaksin COVID-19

Bebuli Pfizer-BioNTech. (Gambar: REUTERS/Jon Nazca)

Diterbitkan : 16 Apr 2021 02:17PM Dikemas Kini : 16 Apr 2021 02:19PM

PARIS: Ketua Pfizer berkata pada Khamis bahawa vaksin COVID-19 keluarannya, yang antara termahal di pasaran, tidak lebih mahal daripada kos satu hidangan makanan dan tidak akan dijual kepada negara miskin untuk meraih keuntungan.

Ketua syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu, Albert Bourla, mempertahankan kos vaksin syarikatnya itu yang menurutnya menyelamatkan nyawa dan menolong negara-negara untuk bangkit daripada pandemik koronavirus itu.

"Vaksin adalah sangat mahal, ia membantu dalam pembukaan semula ekonomi tetapi kami menjualnya pada harga satu hidangan makanan," katanya dalam satu wawancara dengan pihak media.

Beliau tidak mengesahkan harga vaksin Pfizer tetapi mengakui ia dijual pada harga lebih tinggi kepada negara-negara maju seperti di EU atau Amerika Syarikat.

"Di negara-negara berpendapatan pertengahan, kami jual pada separuh harga. Di negara-negara lebih miskin termasuk Afrika, kami jual pada harga kos," katanya.

Namun, ramai pemerhati meragui vaksin Pfizer diedarkan secara meluas di negara-negara Afrika kerana ia perlu disimpan pada suhu amat rendah iaitu sekitar 70 darjah Celcius di bawah sifar.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita