Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya M'sia meninggal dunia di pusat pengundian Klang

Anggaran Waktu Membaca:
 Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya M'sia meninggal dunia di pusat pengundian Klang

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 20 Nov 2022 10:40AM Dikemas Kini : 20 Nov 2022 10:41AM
KLANG: Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia meninggal dunia ketika bertugas di pusat pengundian Sekolah ACS Methodist di Jalan Raya Barat di Klang pada Sabtu tengah hari (19 Nov).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Penolong Pesuruhjaya Cha Hoong Fong berkata lelaki berusia 45 tahun itu dipercayai pengsan di atas kenderaan bugi sewaktu bertugas di pusat pengundian tersebut.

“Pihak ambulans membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Encik Cha berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.15 Sabtu
tengah hari.

Menurut isteri lelaki itu suaminya pernah menerima rawatan kerana sakit jantung.

Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik HTAR untuk bedah siasat untuk mengetahui punca kematiannya,

Encik Cha turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Sumber : Bernama/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa