Skip to main content

Dunia

Petugas SPR meninggal dunia sedang pengundian berlangsung

Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wanita dilaporkan meninggal dunia di luar tandas sebuah bangunan di Balai Raya, Kampung Cina Sempalit pada sekitar jam 2.15 petang tadi sewaktu proses mengundi sedang berlangsung.

Anggaran Waktu Membaca:
Petugas SPR meninggal dunia sedang pengundian berlangsung

Gambar hiasan. (Gambar hiasan: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 09 May 2018 06:41PM Dikemas Kini : 09 May 2018 06:50PM

RAUB: Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wanita dilaporkan meninggal dunia di luar tandas sebuah bangunan di Balai Raya, Kampung Cina Sempalit pada sekitar jam 2.15 petang tadi sewaktu proses mengundi sedang berlangsung.

Menurut Astro Awani, Cik Rosaliza Mat Said, 49 tahun, merupakan seorang kerani di Sekolah Menengah Tengku Kudin (Raub) dan sedang bertugas di pusat daerah mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sempalit.

Siasatan awal mendapati Cik Rosaliza dilaporkan mengadu sakit perut sebelum dibawa oleh anaknya ke tandas, lapor Astro Awani.

Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri di luar tandas bangunan yang dijadikan Saluran 1 tempat mengundi bagi DUN N07 Tras.

Menurut Astro Awani lagi, jenazah sudah dibawa ke Hopsital Raub untuk dibedah siasat. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita