Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Petugas kesihatan New York alami alahan teruk selepas disuntik vaksin Pfizer

Seorang pekerja kesihatan di New York mengalami tindak balas alergi teruk selepas disuntik vaksin COVID-19 Pfizer, lapor Agensi Berita Sputnik.

Anggaran Waktu Membaca:
Petugas kesihatan New York alami alahan teruk selepas disuntik vaksin Pfizer

Gambar fail. (Gambar: REUTERS/Brendan McDermid)

Diterbitkan : 25 Dec 2020 09:16AM Dikemas Kini : 25 Dec 2020 09:17AM

MOSCOW: Seorang pekerja kesihatan di New York mengalami tindak balas alergi teruk selepas disuntik vaksin COVID-19 Pfizer, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut majalah Newsweek, memetik pegawai, kes ini yang pertama daripada lebih 30,000 orang yang menerima suntikan vaksin di bandar ini.

Menurut majalah itu petugas terbabit telah dirawat dan berada dalam keadaan stabil. Tiada maklumat lanjut terkini mengenainya.

"Vaksin mempunyai kesan sampingan dan reaksi alahan, walaupun jarang terjadi, ia biasa berlaku. Kami juga tahu bahawa berdasarkan ujian klinikal dan laporan kesan buruk di bidang kuasa lain, reaksi seperti ini jarang terjadi tetapi telah dilaporkan berlaku dengan vaksin Pfizer," menurut Jabatan Kesihatan dan Kesejahteraan Mental NYC dalam satu kenyataan pada semalam. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan