Skip to main content

Dunia

PETRONAS sumbang RM25 juta kepada misi bantuan banjir

Anggaran Waktu Membaca:
PETRONAS sumbang RM25 juta kepada misi bantuan banjir

(Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

KUALA LUMPUR: PETRONAS akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM25 juta (S$8 juta) untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia.

Dana berkenaan diperuntukkan oleh unit dan anak syarikat Kumpulan PETRONAS termasuk Yayasan PETRONAS, di mana ia akan meningkatkan jumlah sumbangan bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain, yang merupakan sebahagian daripada Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC (GDRN).

Dalam pada itu, Kelab Sukan dan Rekreasi PETRONAS (KSRP), Persatuan Isteri-Isteri dan Kakitangan Wanita PETRONAS (PETRONITA) dan Badan Kebajikan Islam PETRONAS juga telah memulakan kutipan sumbangan untuk disalurkan kepada mangsa melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

Seperti tahun sebelumnya, PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) akan menyediakan perkhidmatan trak mengisi minyak bergerak, ROVR bagi membantu mangsa banjir untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan atau kepada operasi menyelamat di mana stesen minyak ditutup atau tidak boleh diakses.

PETRONAS turut menghulurkan bantuan kepada kakitangannya yang terjejas, termasuklah menyediakan tempat tinggal sementara, elaun makanan, cuti khas, bantuan kewangan dan makanan serta barang keperluan yang lain.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita