Petronas sahkan kebakaran, letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang
Satu kebakaran dan letupan berlaku di Kompleks Bersepadu Pengerang di Kota Tinggi pada pukul 1.25 pagi Jumaat (12 Apr).
KOTA TINGGI: Satu kebakaran dan letupan berlaku di Kompleks Bersepadu Pengerang di Kota Tinggi pada pukul 1.25 pagi Jumaat (12 Apr).
Petronas mengesahkan insiden itu, sambil menyatakan bahawa Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) syarikat itu kemudian dikerahkan bagi menangani insiden tersebut.
Kebakaran itu berjaya dipadamkan dalam masa 30 minit. Menurut laporan Astro Awani, dua rakyat tempatan cedera akibat insiden tersebut.
"Keadaan terkawal dan semua pihak berkuasa relevan sudahpun dimaklumkan mengenai insiden itu.
"Kami akan memberikan lebih banyak maklumat apabila tiba masanya kerana siasatan masih dijalankan," menurut Petronas dalam satu kenyataan.
Sementara itu, rakaman video dan gambar-gambar mengenai insiden letupan di kompleks berkenaan tular di Facebook dan Twitter, dengan sesetengah netizen mendakwa merasakan gegaran akibat letupan tersebut.
Agensi berita Bernama melaporkan pada sekitar 6.00 pagi tadi (12 Apr), loji itu kelihatan beroperasi seperti biasa dengan bas-bas didapati membawa para pekerja dan lori-lori juga dilihat keluar masuk pekarangan loji tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.