Petronas sahkan arahan baru untuk sita entitinya di Luxembourg
Mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sita yang baru terhadap dua anak syarikat PETRONAS berikutan tuntutan daripada waris kumpulan Sulu untuk menguatkuasakan keputusan timbang tara AS$15 bilion (S$20 bilion) yang diperolehi mereka terhadap aset kerajaan Malaysia, lapor Reuters.

(Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)
"PETRONAS dengan tegas mengekalkan pandangan bahawa tindakan yang diambil oleh waris kumpulan Sulu terhadap entiti berkenaan adalah tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan kami dari segi undang-undang," nyata syarikat minyak dan gas nasional itu.
Mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sita yang baru terhadap dua anak syarikat PETRONAS berikutan tuntutan daripada waris kumpulan Sulu untuk menguatkuasakan keputusan timbang tara AS$15 bilion (S$20 bilion) yang diperolehi mereka terhadap aset kerajaan Malaysia, lapor Reuters.
Dalam dokumen mahkamah daripada peguam waris Kumpulan Sulu, yang dilihat Reuters, mereka memohon untuk menguatkuasakan anugerah AS$14.9 bilion yang diberikan kepada mereka oleh mahkamah timbang tara Perancis tahun lalu.
Timbang tara berkenaan adalah berhubung tuntutan waris kumpulan itu terhadap Malaysia mengenai hak penguasaan kawasan yang dikatakan dimeterai pada zaman kolonial.
Malaysia tidak pernah mengambil bahagian dalam timbang tara itu kerana kekal dengan pendirian bahawa proses itu adalah tidak sah.
Malaysia sudah mendapat penangguhan bagi tuntutan itu di Perancis tetapi keputusan tetap boleh dikuatkuasakan di 165 negara di bawah Konvensyen Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Anugerah Timbang Tara (Konvensyen New York), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
PETRONAS sebelum ini menegaskan ia akan menentang sebarang tuntutan yang dibuat ke atas aset-asetnya, lapor BH Online.
Malaysia berikrar akan menggunakan semua langkah undang-undang bagi menghalang rampasan ke atas aset-asetnya, termasuk syarikat berkaitan kerajaan, daripada dirampas di luar negara.
Dua aset PETRONAS iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan PETRONAS South Caucasus kali pertama disekat pada Julai 2022.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.