Petronas rancang luaskan operasi di Indonesia
Firma kerajaan Malaysia, Petronas merancang peluasan 'agresif' di Indonesia di mana ia akan membangunkan sebuah hab operasi di Jawa Timur dan melabur dalam penerokaan di bahagian timur negara itu.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
JAKARTA: Firma kerajaan Malaysia, Petronas merancang peluasan 'agresif' di Indonesia di mana ia akan membangunkan sebuah hab operasi di Jawa Timur dan melabur dalam penerokaan di bahagian timur negara itu.
Demikian menurut ketua Petronas di Indonesia pada Isnin (28 Okt).
Pemerintah Indonesia yang ditadbir Presiden Prabowo Subianto, yang dilantik pada bulan ini, berikrar untuk mempertingkatkan pembangunan sumber tenaga, dengan matlamat untuk meningkatkan daya hasil pengeluaran oleh negara bekas anggota OPEC itu.
Ketua Petronas di Indonesia, Yuzaini Md Yusof berkata syarikat itu terdorong oleh langkah-langkah kawal selia baru-baru ini yang memudahkan syarikat-syarikat membangunkan projek-projek tenaga.
Petronas mengendalikan empat blok gas dan minyak di Indonesia - di mana tiga daripadanya terletak di daerah Jawa Timur, di bahagian barat Nusantara itu - dan mempunyai kepentingan penyertaan dalam beberapa lagi.
Petronas merancang untuk mewujudkan hab bagi ketiga-tiga operasinya di Jawa Timur dengan menhubungkan kemudahan pengeluaran dan menyepadukan kemudahan logistik, katanya.
"Strategi kami adalah untuk berkembang di kawasan Jawa Timur," kata Encik Yusof kepada Reuters, tanpa mendedahkan sebarang perincian jumlah pelaburan.
"Dan pelan jangka panjang seterusnya bagi kami adalah untuk mengembangkan portfolio perniagaan kami di bahagian timur Indonesia."
Jawa Timur dijangka meraih manfaat daripada satu projek dalam perancangan yang dijangka siap pada Disember 2025 yang akan menghubungkan bekalan dari bahagian timur pulau itu kepada permintaan di bahagian barat pulau itu yang didiami ramai penduduk.
Petronas malah mahu mengembangkan perniagaan di kawasan berkenaan.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.