Skip to main content

Dunia

Petronas Gas Malaysia terima kelulusan susun semula struktur

Petronas Gas Berhad Malaysia sudah menerima kelulusan pengecualian cukai daripada Kementerian Kewangan bagi rancangan penyusunan semula struktur yang dicadangkan untuk memindahkan perniagaan terasnya kepada tiga anak syarikat milik penuh, menurut syarikat itu pada Rabu (1 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Petronas Gas Malaysia terima kelulusan susun semula struktur

Logo Petronas kelihatan di pejabat syarikat tersebut di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 27 April 2022. (Gambar: REUTERS/Hasnoor Hussain)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 01 Oct 2025 06:39PM
KUALA LUMPUR: Petronas Gas Berhad Malaysia sudah menerima kelulusan pengecualian cukai daripada Kementerian Kewangan bagi rancangan penyusunan semula struktur yang dicadangkan untuk memindahkan perniagaan terasnya kepada tiga anak syarikat milik penuh, menurut syarikat itu pada Rabu (1 Okt).

Petronas Gas, sebuah unit di bawah Kumpulan Petronas milik negara, menyatakan dalam pemfailan bursa bahawa kementerian memberi kelulusan pengecualian cukai tersebut menerusi sepucuk surat bertarikh 24 September, yang diterima syarikat itu pada 30 September, menyusuli kelulusan Lembaga terhadap penyusunan semula struktur itu pada 23 Julai.

Penyusunan semula struktur dalaman yang dicadangkan itu akan melibatkan pemindahan aset, liabiliti dan urusan perniagaan bagi segmen perniagaan teras syarikat berkenaan - pengangkutan gas, pemprosesan gas dan utiliti – ke dalam tiga anak syarikat milik penuhnya, menurut pemfailan tersebut.

Perniagaan pengangkutan gas akan dipindahkan kepada PG TransCo Sdn. Bhd., perniagaan pemprosesan gas kepada PG Gas Processing Sdn. Bhd., manakala perniagaan utiliti kepada PG Utilities East Sdn. Bhd.

“Inisiatif strategik ini bertujuan untuk menyelaraskan segmen perniagaan di bawah syarikat menjadi entiti perniagaan yang dapat dikenal pasti dengan membezakan antara perniagaan terkawal dan tidak terkawal,” katanya.

Penyusunan semula struktur itu dijangka selesai pada suku ketiga 2026 jika tiada keadaan yang tidak dijangka berlaku, menurut Petronas Gas.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita