Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Petisyen pengampunan Najib belum capai 10,000 tandatangan

Anggaran Waktu Membaca:
Petisyen pengampunan Najib belum capai 10,000 tandatangan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 29 Aug 2022 07:44AM Dikemas Kini : 29 Aug 2022 07:46AM
KUALA LUMPUR: Selepas empat hari digerakkan, petisyen Pengampunan Diraja kepada Najib Razak dilihat masih belum dapat mencapai angka 10,000 tandatangan, lapor agensi berita Astro AWANI.

Berdasarkan pemantauan di portal Change.org setakat jam 11.30 malam pada Ahad (28 Ogos), kira-kira 8,200 tandatangan diperolehi dengan purata kira-kira 2,000 tandatangan sehari.

Petisyen terbabit antara lain meminta Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberikan Pengampunan Diraja serta-merta terhadap Encik Najib.

Ia turut meminta agar Agong menitah Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pengarah Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM untuk menghadap Agong berhubung bukti kes melibatkan Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Angka tersebut jauh berbeza dengan satu lagi petisyen dilancarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang turut digerakkan pada empat hari lalu.

Petisyen itu bagi meminta Agong tidak menggunakan kuasa pengampunan terhadap Najib.

Berdasarkan pemantauan di laman web sama, petisyen itu berjaya mengumpul lebih 110,000 tandatangan selepas empat hari digerakkan.

Meskipun jumlahnya agak perlahan sejak dua hari kebelakangan ini - semalam mencatatkan lebih 101,000 tandatangan - namun jumlahnya boleh dikatakan lebih 10 kali ganda daripada satu lagi petisyen.

Selain dua petisyen tersebut, satu lagi petisyen bertajuk Solidariti Pengampunan Diraja Untuk Najib Razak digerakkan dua hari lepas.

Walaupun baru dua hari, jumlah tandatangan dilihat mengatasi petisyen pengampunan buat Najib dengan mencatatkan lebih 9,300 tandatangan setakat jam 11.30 malam pada Ahad, dipetik oleh agensi berita Astro AWANI.

Pada Selasa (23 Ogos), Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak berhubung penyelewengan dana RM42 juta (S$13 juta) SRC International Sdn Bhd.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan keputusan lima panel hakim itu berkata, mahkamah tidak mendapati sebarang kesalahan dalam penghakiman yang dibuat Hakim Bicara ketika itu iaitu Mohd Nazlan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, menyusuli keengganan pihak pembelaan untuk memfailkan sebarang hujahan, panel tiada pilihan lain selain memberi fokus kepada 94 alasan rayuan yang difailkan melalui petisyen sebelum ini.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan