Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Petani Venezuela ini diiktiraf lelaki paling tua di dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Petani Venezuela ini diiktiraf lelaki paling tua di dunia

Gambar: Guinness World Records

CARACAS: Seorang petani di Venezuela, Juan Vicente Perez diiktiraf secara rasmi sebagai lelaki paling tua yang masih hidup, menurut Rekod Dunia Guinness pada Selasa (17 Mei).

Perez yang berusia 112 tahun mendapat pengiktirafan itu menyusuli kematian seorang warga Sepanyol iaitu pemegang gelaran lelaki paling tua sebelum ini.

Walaupun umurnya sudah lebih 100 tahun, lelaki tersebut mempunyai kesihatan dan daya ingatan luar biasa dan dia masih ingat zaman kanak-kanaknya, perkahwinan, nama adik-beradiknya, anak dan cucunya, menurut Guinness.

Dia dilahirkan pada 27 Mei 1909 di bahagian barat wilayah Tachira yang mana pada usia lima tahun, Perez sudah membantu ibu bapanya menuai tebu dan kopi.

"Dia suka dikelilingi oleh keluarga dan rakan semasa mereka bercerita dan terlibat dalam perbualan yang baik."

Ketika dewasa, dia bekerja sebagai syerif yang menyelesaikan pertikaian tanah di bandar tempat dia tinggal.

Perez telah berkahwin selama 60 tahun sehingga isterinya, Ediofina del Rosario Garcia meninggal dunia pada tahun 1997.

Dia mempunyai 11 anak, 41 cucu, 18 cicit dan 12 piut.

Perez memberitahu Guinness bahawa antara rahsianya untuk panjang umur adalah bekerja keras, berehat pada hari cuti dan tidur awal.

Lelaki tertua sebelum ini yang masih hidup ialah Saturnino de la Fuente Garcia dari Sepanyol yang meninggal dunia pada Januari lalu ketika umurnya mencecah 112 tahun.

Manusia tertua yang masih hidup ialah wanita Perancis, Lucile Randon yang dilahirkan pada 11 Februari 1904 dan berusia 118 tahun.

Sumber : Agensi berita/AW/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan