Skip to main content

Dunia

Petani sayur M'sia harungi kesan ke atas tanaman sedang fenomena El Nino, jerebu melanda

Anggaran Waktu Membaca:
Petani sayur M'sia harungi kesan ke atas tanaman sedang fenomena El Nino, jerebu melanda

Gambar: CNA/Amir Yusof

Diterbitkan : 25 Jun 2023 04:49PM
JOHOR BAHRU: Encik Naviin Thiagaran dan bapanya sudah bercucuk tanam kacang panjang, bendi, timun hampir lima tahun lamanya di sebidang tanah di Kota Tinggi, Johor. Pasangan bapa dan anak tersebut sudah terbiasa bekerja di bawah terik matahari sedang mereka menjaga ladang itu dari pagi sehingga tengah hari.

Namun, hanya sebulan lalu, di tengah-tengah gelombang haba yang melanda kebanyakan bahagian negara itu, Encik Thiagaran menyedari bahaya yang wujud disebabkan bekerja dalam keadaan sedemikian.
 
Related article image
Petani Naviin Thiagarajan. (Gambar: CNA/Amir Yusof)
Encik Thiagaran adalah antara beberapa petani sayur-sayuran di Malaysia yang berdepan dengan kesan cauca panas yang membelenggu negara tersebut sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Dengan fenomena El Nino yang melanda, keadaan cuaca panas dan kering dijangka berterusan di kebanyakan bahagian di negara tersebut sehingga November.

Isu tersebut mungkin akan bertambah buruk dengan jerebu rentas sempadan dijangka berlaku.

Di tengah-tengah keadaan cuaca yang ekstrim ini, para pemain industri, yang ditemui Mediacorp percaya bahawa keadaan tersebut berkemungkinan menghasilkan kadar tanaman yang lebih rendah dalam jangka pendek, yang sekali gus akan menyebabkan harga naik.


FENOMENA EL NINO, JEREBU BOLEH DATANGKAN KESAN KEPADA KADAR PENGHASILAN TANAMAN

Bercakap di Parlimen pada 7 Jun, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata negara tersebut dijangka mengalami fenomena El Nino yang lemah, mulai Jun, sehingga mencecah tahap yang sederhana pada November nanti.

Fenomena El Nino, yang merupakan corak iklim di Lautan Pasifik, berkemungkinan menyebabkan cuaca bertambah panas dan kering di negara-negara seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Namun, Encik Nik Nazmi menekankan bahawa suhu panas yang ekstrim menjangkaui 38 darjah Celsius tidak dijangka berlaku antara Jun dengan Disember.

Tambahan pula, negara-negara di Asia Tenggara juga sedang bersiap siaga untuk berdepan dengan jerebu rentas sempadan pada risiko yang lebih tinggi dalam beberapa bulan akan datang, sesuatu yang berlaku di rantau tersebut hampir setiap tahun.

Dalam wawancara baru-baru ini dengan Mediacorp, Encik Nik Nazmi menyatakan bahawa keadaan cuaca panas tersebut serta jerebu rentas sempadan yang akan berlaku boleh menyebabkan hasil tanaman berada "pada tahap yang agak membimbangkan" di Malaysia.
Related article image
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. (Gambar: CNA/Raydza Rahman)


BAGAIMANA KAWAL KESAN CUACA EKSTRIM?

Dalam berdepan dengan cuaca panas serta kering yang dijangkakan dalam beberapa bulan mendatang, Encik Nik Nazmi memberitahu CNA bahawa kementeriannya akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain untuk menguatkuasakan garis panduan bagi pelbagai lapisan penduduk tersebut.


Beliau berkata ini akan disertakan dengan garis panduan bagi kegiatan luar apabila suhu tersebut menjadi terlalu tinggi atau indeks mutu udara (AQI) mencecah paras tidak sihat.


"Jadi, hakikatnya, terdapat garis panduan yang sedia ada. Mungkin kami perlu mengulang kaji untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan apabila ia terjadi," kata Encik Nik Nazmi.


Sementara itu, para petani yang ditemui Mediacorp, menarik perhatian bahawa mereka sudah melaksanakan strategi-strategi untuk mengawal kesan kadar penghasilan tanaman yang rendah.


Encik Thiagaran memberitahu Mediacorp bahawa beliau misalnya, sudah memasang kertas plastik tahan UV di atas tanaman untuk melencongkan sebahagian haba dan menyalurkan bekalan air dari sungai berdekatan untuk pengairan.


Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa ia masih tidak cukup untuk mengimbangi kadar penghasilan tanaman yang rendah disebabkan cuaca yang panas dan berjerebu.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita