Petani Indonesia sokong larangan eksport minyak masak
JAKARTA: Kesatuan Petani Kelapa Sawit Indonesia mengumumkan pada Ahad (24 Apr) pihaknya menyokong tindakan pemerintah dalam melarang eksport minyak kelapa sawit. Langkah sementara ini diperlukan untuk memastikan bekalan dan harga minyak masak mampu dibeli di pasaran tempatan.
Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Presiden Joko Widodo mengumumkan pada Jumaat bahawa pengeluar dan pengeksport minyak sawit utama dunia itu akan menghentikan penghantaran minyak masak dan bahan mentah
ke luar negara mulai 28 April dalam usaha untuk menurunkan harga tempatan.
Larangan eksport tersebut menyebabkan harga minyak kacang soya melonjak ke paras tertinggi.
Kesatuan Petani menyatakan mereka menghargai "larangan sementara" tersebut. Mereka turut menyalahkan syarikat minyak kelapa sawit "lalai dalam tugas mereka untuk memenuhi keperluan tempatan".
"Kami percaya dengan langkah yang diambil Presiden untuk memastikan bekalan minyak masak tempatan," kata Setiausaha Agung Mansuetus Darto dalam satu kenyataan media.
Beberapa ahli politik mengecam larangan eksport tersebut dengan mengatakan ia akan menjejas berjuta-juta pengusaha kecil, menurut laporan media.
Sementara itu, ahli ekonomi pula memberi amaran kerugian hasil pendapatan eksport.
Eksport minyak sawit Indonesia bernilai sekitar AS$3 bilion (S$4.1 bilion) sebulan, menurut Bahana Securities.
Setakat ini, pemerintah masih belum mendedahkan berapa lama larangan eksport minyak masak akan berkuat kuasa dan jenis produk minyak sawit yang terjejas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.