Skip to main content

Dunia

Petani Indonesia beralih ke penstriman TikTok demi jana pendapatan alternatif

Anggaran Waktu Membaca:
Petani Indonesia beralih ke penstriman TikTok demi jana pendapatan alternatif

(TikTok/aalay85)

Diterbitkan : 06 Apr 2025 09:41PM Dikemas Kini : 06 Apr 2025 09:42PM
SUKABUMI: Satu video tular di media sosial memaparkan beratus-ratus penduduk kampung di Desa Cikembar, yang terletak di daerah Sukabumi, Indonesia meninggalkan pekerjaan sebagai petani untuk bergiat sebagai hos penstriman langsung di TikTok.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan sekumpulan penduduk kampung yang terdiri daripada lelaki dan wanita sedang berjoget 'wadidaw' di hadapan kamera telefon bimbit sambil melakukan siaran langsung.

Tindakan itu dilakukan dengan tujuan memperoleh sumbangan maya atau ‘saweran’ daripada penonton TikTok, lapor Sinar Harian.

Suasana dalam rakaman berkenaan menunjukkan kawasan kampung menjadi seolah-olah pasar malam, dipenuhi dengan bunyi riuh-rendah dan gelak ketawa, sambil warga kampung berkenaan menari serta berinteraksi dengan penonton dalam talian.

Ada yang menyanyikan lagu popular sambil menari mengikut irama lagu.

Difahamkan, kegiatan tersebut kini menjadi pilihan penduduk kampung sebagai sumber pendapatan alternatif menggantikan kerja pertanian, dengan harapan dapat memperoleh pulangan segera melalui sumbangan online melalui TikTok.

Fenomena itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ada yang melahirkan rasa simpati terhadap nasib golongan petani yang semakin terdesak mencari pendapatan.

Manakala sebahagian lain pula menzahirkan rasa sedih dan risau apabila budaya hiburan keterlaluan mula mengambil alih pekerjaan tradisional yang mulia.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita