Skip to main content

Dunia

Pesuruhjaya EU gesa akses diperluas bagi tingkat bantuan ke Gaza

Bantuan kemanusiaan yang memasuki Gaza ketika ini hanya tiba “setitik demi setitik,” kata Pesuruhjaya Eropah bagi Kesaksamaan dan Pengurusan Krisis Hadja Lahbib pada Isnin (23 Feb), lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anggaran Waktu Membaca:
Pesuruhjaya EU gesa akses diperluas bagi tingkat bantuan ke Gaza
Hanya 29 peratus pematuhan direkodkan dalam pembukaan semula lintasan sempadan Rafah antara Mesir dan Gaza susuli sekatan ketat Israel. (Gambar: REUTERS)
Diterbitkan : 24 Feb 2026 10:47AM Dikemas Kini : 24 Feb 2026 10:48AM
ISTANBUL: Bantuan kemanusiaan yang memasuki Gaza ketika ini hanya tiba “setitik demi setitik,” kata Pesuruhjaya Eropah bagi Kesaksamaan dan Pengurusan Krisis Hadja Lahbib pada Isnin (23 Feb), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Beliau menggesa akses diperluas melalui pintu sempadan Rafah, pengurangan sekatan terhadap barangan dwiguna serta peningkatan akses kepada badan bukan pemerintah (NGO) yang beroperasi di lapangan.

“Pintu sempadan dibuka, tetapi tidak mencukupi,” kata Cik Lahbib ketika ditemui di luar Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Luar EU, sambil memberi amaran yang “serangan masih berlaku setiap hari” dan “orang awam terbunuh serta cedera setiap hari akibat serangan.”

Beliau menegaskan bahawa “fasa pertama belum dilaksanakan sepenuhnya, jadi kita masih perlu memberi tumpuan kepada pelaksanaan fasa pertama sebelum bercakap mengenai fasa kedua.”

Menyorot risiko terhadap petugas kemanusiaan, beliau berkata: “Setakat ini, 600 pekerja kemanusiaan terbunuh,” sambil berkata operasi bantuan tidak dapat mengurangkan penderitaan secara berkesan tanpa “akses kemanusiaan tanpa halangan.”
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita