Pesawat Ural Airlines milik Rusia lakukan pendaratan cemas di Mesir
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: @RussieInfos/X)
KAHERAH: Sebuah pesawat milik Ural Airlines dari Rusia terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Sharm el-Sheikh di Mesir akibat kerosakan teknikal sejurus selepas berlepas, menurut Kementerian Penerbangan Awam Mesir pada Sabtu (4 Jan).
"Pada Jumaat malam, sebuah pesawat Airbus A-321 milik syarikat Rusia, Ural Airlines yang sedang dalam perjalanan dari Sharm el-Sheikh ke Lapangan Terbang Yekaterinburg di Rusia, melakukan pendaratan cemas yang selamat di Lapangan Terbang Sharm el-Sheikh," menurut kenyataan kementerian itu.
Pesawat yang membawa seramai 236 penumpang itu mendarat selepas kapten pesawat melaporkan kerosakan teknikal pada satu daripada enjinnya, menurut kenyataan itu.
Pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Sharm el-Sheikh pada pukul 4.55 petang waktu tempatan dan diarahkan ke sebuah kawasan khas, menurut kementerian tersebut, sambil menambah bahawa semua penumpang dipindahkan dengan selamat ke dewan keberangkatan antarabangsa.
Amaran kerosakan enjin dikesan pada pesawat itu, yang kemudian digantikan dengan sistem simpanan, menurut kenyataan media syarikat penerbangan tersebut.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.