Pesawat UPS terhempas ketika berlepas dari lapangan terbang Kentucky
Sebuah pesawat kargo UPS terhempas di Louisville, Kentucky, sejurus selepas ia berlepas untuk melakukan perjalanan ke Honolulu, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) pada Selasa (4 Nov), dengan polis tempatan memaklumkan terdapat laporan kecederaan.
Anggaran Waktu Membaca:
KENTUCKY: Sebuah pesawat kargo UPS terhempas di Louisville, Kentucky, sejurus selepas ia berlepas untuk melakukan perjalanan ke Honolulu, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) pada Selasa (4 Nov), dengan polis tempatan memaklumkan terdapat laporan kecederaan.
“Penerbangan UPS 2976 terhempas sekitar pukul 5.15 petang waktu tempatan pada Selasa, 4 November, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Muhammad Ali di Louisville, Kentucky,” kata FAA dalam satu kenyataan.
UPS dalam kenyataannya memaklumkan salah sebuah pesawatnya terlibat dalam sebuah insiden di Louisville, namun syarikat itu masih belum mengesahkan sebarang laporan mengenai kecederaan atau korban setakat ini.
Lapangan terbang tersebut merupakan lokasi UPS Worldport, hab global bagi operasi kargo udara syarikat penghantaran itu, yang juga merupakan kemudahan pemprosesan bungkusan UPS yang terbesar di dunia.
Menjelang waktu malam, rakaman udara secara langsung yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan WLKY-TV, saluran bersekutu CBS, menunjukkan cahaya berwarna merah kejinggaan daripada api yang marak di kawasan kejadian, yang merebak sejauh satu batu persegi.
Jabatan Polis Metro Louisville menyatakan pihaknya sedang memberi respons kepada laporan berhubung sebuah pesawat yang terhempas dan mengesahkan terdapat kecederaan dilaporkan.
“Kentucky, kami dimaklumkan tentang laporan kejadian pesawat terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Louisville.
"Pasukan penyelamat kini berada di lokasi, dan kami akan berkongsi maklumat lanjut sebaik ia diperoleh. Sila doakan juruterbang, kakitangan dan semua yang terlibat. Kami akan berkongsi perkembangan selanjutnya tidak lama lagi,” kata Gabenor Kentucky, Andy Beshear di platform X.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.