Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesawat United Airlines dilencong untuk 'bebaskan' penumpang terperangkap dalam...

Sebuah pesawat United Airlines terpaksa dilencongkan dan melakukan pendaratan luar jangkaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver apabila seorang penumpangnya dilapor terperangkap di dalam tandas.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat United Airlines dilencong untuk 'bebaskan' penumpang terperangkap dalam...

Gambar fail United Airlines. (Gambar: Kamil Krzaczynski/AFP)

Diterbitkan : 27 Sep 2019 11:10PM Dikemas Kini : 27 Sep 2019 11:11PM

WASHINGTON: Sebuah pesawat United Airlines terpaksa dilencongkan dan melakukan pendaratan luar jangkaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver apabila seorang penumpangnya dilapor terperangkap di dalam tandas.

"Pintu tandas itu tidak berfungsi semasa penerbangan,” kata seorang jurucakap United Airlines kepada BBC.

Penumpang tersebut- seorang wanita - akhirnya berjaya dikeluarkan dari tandas itu sebaik sahaja pesawat tersebut membuat pendaratan. Menurut United Airlines, wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Satu rakaman video menunjukkan seorang mekanik cuba 'membebaskan' wanita berkenaan turut tular di Twitter.

"Kami sedang berusaha membuka pintu ini, kami akan mengeluarkan anda tidak lama lagi," kata seorang lelaki di dalam video itu.

Cik Jennifer Gettman, seorang penumpang dalam pesawat itu memberitahu KPIX-TV bahawa wanita itu "kelihatan dalam keadaan baik" apabila beliau keluar dari tandas.

"Semua orang bertepuk tangan apabila beliau keluar, mereka turut berasa kasihan padanya," kata Cik Gettman.

Sumber : Agensi berita/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan