Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesawat terhempas di kawasan perumahan di Shah Alam, Malaysia; 10 disahkan maut

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat terhempas di kawasan perumahan di Shah Alam, Malaysia; 10 disahkan maut

Gambar: Bernama/Mohd Asri Saifuddin Mamat

Diterbitkan : 17 Aug 2023 04:21PM Dikemas Kini : 17 Aug 2023 06:00PM
SUNGAI BULOH: Sebuah pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran kawasan perumahan di Elimina di Seksyen U16, di Sungai Buloh, pada Khamis (17 Ogos).

Insiden tersebut juga dikatakan turut melibatkan sebuah motosikal yang kebetulan melalui Persiaran Elmina berhampiran susur Lebuhraya Guthrie.

Semua penumpang dan anak kapal pesawat yang terhempas itu disahkan terkorban, dipetik daripada Astro Awani.

Menurut Ketua Polis Selangor, Encik Hussien Omar Khan, mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam.

Katanya, pesawat tersebut mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, namun dua minit sebelum mendarat, ia terhempas.

“Jumlah kru kapal adalah dua orang, manakala penumpang adalah enam orang.

“Dua minit sebelum pesawat Itu mendarat, ia hilang kawalan dan terhempas atas motosikal dan kenderaan di jalan raya,” ujarnya dalam sidang media pada Khamis, lapor Astro Awani.

Jelasnya lagi, tiada panggilan kecemasan diterima oleh menara kawalan daripada pesawat tersebut sebelum terhempas.

Mengulas lanjut, difahamkan usia mangsa nahas adalah dalam lingkungan 40-an hingga 50-an.

Kejadian tersebut turut tular di media sosial yang memaparkan gambar dan video asap hitam di kawasan kejadian.

Turut difahamkan, pesawat itu dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian itu.

"Benar, kita mendapat maklumat bahawa ada sebuah pesawat terhempas di Elimina," katanya.

Difahamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sudah berada di tempat kejadian.
Sumber : Agensi berita/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan