Pesawat tentera terhempas di utara Vietnam, seorang juruterbang maut
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail jet pejuang Sukhoi Su-22. (Gambar: AFP/Rami al Sayed)
HANOI: Seorang juruterbang Vietnam maut apabila jet tentera udara yang dipandunya terhempas semasa satu sesi latihan pada Selasa (31 Jan).
Nahas tersebut berlaku pada tengah hari di wilayah Yen Bai, utara negara tersebut.
Juruterbang berusia 30 tahun itu maut ketika cuba mendarat jet Su-22 buatan Rusia di sebuah lapangan terbang tempatan, lapor agensi berita rasmi Vietnam.
Kementerian Pertahanan Vietnam melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas tersebut.
Pada 2018, dua juruterbang maut dalam latihan serupa, melibatkan sebuah jet Su-22 di tengah Vietnam. Dua lagi juruterbang terpaksa terjun keluar dari jet Su-22 semasa terbang di Laut China Selatan pada 2015 apabila pesawat mereka terhempas.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.