Skip to main content

Dunia

Pesawat Swiss Airlines tiba di Sepanyol tanpa sebarang bagasi

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat Swiss Airlines tiba di Sepanyol tanpa sebarang bagasi

(Gambar: AFP/MICHAEL BUHOLZER)

Diterbitkan : 11 Sep 2023 11:37PM
GENEVA: Sebuah pesawat yang berlepas dari Zurich menuju ke Sepanyol pada hujung minggu lalu tiba di lapangan terbang tanpa sebarang bagasi, tanpa pengetahuan para penumpang.

Demikian menurut laporan media pada Ahad (10 Sep), sedang syarikat penerbangan tersebut menyalahkan kakitangan di lapangan terbang di Zurich.

Penumpang Swiss Airlines yang menuju bandar utara Sepanyol, Bilbao, pada Sabtu (9 Sep) menunggu lebih dua jam untuk mendapatkan bagasi mereka, namun dikecewakan, lapor akhbar Switzerland Blick Daily.

Jurucakap Swiss Airlines Kavin Ampalam mengesahkan bahawa pesawat tersebut, yang dikendalikan Swiss Airlines bagi pihak Edelweiss Airlines, berlepas dengan 111 penumpang tanpa sebarang bagasi di dalam pesawat.

"Terdapat kekurangan kakitangan," katanya kepada AFP, dan menambah bahawa kakitangan tersebut menunggu untuk memperbetulkan kesilapan mereka.

Namun, selepas "satu jam dan 16 minit, keadaan masih tidak berubah, dan atas sebab pengendalian, kami memutuskan untuk ke Bilbao tanpa bagasi tersebut".

Jurucakap itu menjelaskan sebab sebenar, di mana mereka perlu mengambil penumpang di Bilbao dan harus pulang ke Zurich sebelum lapangan terbang ditutup pada waktu malam.

Penumpang dari penerbangan itu memaklumkan kepada Blick Daily bahawa tiada kakitangan Swiss Airlines yang membantu ketika di Bilbao, dan mereka terpaksa menunggu lebih dari dua jam untuk mendapatkan bagasi mereka.

Kakitangan dari syarikat penerbangan Sepanyol, Iberia, memberitahu mereka bahawa pesawat yang dinaiki mereka tiba tanpa sebarang bagasi.

"Kami masih sedang menganalisis keadaan untuk mengetahui apa yang benar-benar berlaku dan bagaimana kami dapat memperbaikinya," kata jurucakap Swiss Airlines.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita