Skip to main content

Dunia

Pesawat RSAF bawa bekalan kemanusiaan selamat mendarat di Mesir

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat RSAF bawa bekalan kemanusiaan selamat mendarat di Mesir

(Gambar: Singapore Embassy in Cairo/Facebook)

Diterbitkan : 30 Nov 2023 07:15PM Dikemas Kini : 30 Nov 2023 07:16PM
KAHERAH: Pesawat Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) yang dikerahkan untuk menghantar bekalan bantuan kemanusiaan kepada orang awam di Gaza dini hari tadi, tiba di Mesir petang tad, Khamis (30 Nov).

Kehadirannya disambut oleh Duta Besar ke Republik Arab Mesir Dominic Goh di Al-Arish, menurut satu catatan yang dimuat naik ke Facebook.
(Gambar: Singapore Embassy in Cairo/Facebook)
Pesawat itu membawa barangan bantuan kemanusiaan termasuk peralatan perubatan, kit kebersihan, penapis air, makanan dan selimut bagi musim sejuk yang menjelang.

Pakej bantuan yang dihantar itu hasil kerjasama Kementerian Kesihatan (MOH), Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan pertubuhan-pertubuhan bukan pemerintah (NGO).

Encik Goh dan doktor tentera Singapura juga mengadakan perbincangan dengan para wakil Kementerian Kesihatan Mesir, Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) serta agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk lebih memahami situasi di Gaza.
(Gambar: Singapore Embassy in Cairo/Facebook)
"Kami menghargai bantuan yang diberi oleh pemerintah Mesir dan Bulan Sabit Merah Mesir yang mengaturkan penghantaran sumbangan Singapura ke Palestin," menurut kenyataan itu.

"Rakyat Singapura amat mengambil berat tentang kebajikan rakyat Palestin, dan kami berharap sumbangan kecil kami membantu meringankan sedikit penderitaan di Gaza. Kami bersedia untuk melakukan lebih banyak lagi," tambahnya.
Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita