Pesawat Qantas dilencong setelah penumpang gigit kru kabin
Syarikat penerbangan Australia, Qantas terpaksa melencong sebuah pesawat dalam perjalanan ke Amerika Syarikat disebabkan oleh seorang penumpang yang mencetuskan gangguan, dengan media tempatan melaporkan seorang lelaki menggigit seorang kru kabin.
(Gambar: William West/AFP)
Pesawat dari Melbourne itu sedang menuju ke Dallas pada Jumaat (15 Mei) apabila ia terpaksa dilencongkan ke Papeete, iaitu ibu kota Polinesia Perancis, ekoran penumpang tersebut.
Lelaki itu ditahan oleh para penumpang yang lain, dengan media tempatan termasuk penyiar kebangsaan Australia ABC melaporkan dia menggigit seorang kru kabin Qantas.
Lelaki itu diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan sebaik tiba dan diberikan larangan menaiki semua pesawat Qantas.
"Keselamatan penumpang dan kru kami adalah keutamaan nombor satu dan kami tidak bertolak ansur terhadap tingkah laku yang mengganggu atau mengancam dalam pesawat kami," kata seorang jurucakap Qantas kepada AFP pada Ahad.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.