Pesawat perisik AS masuk zon larangan China
China mendakwa sebuah pesawat pengintip Amerika Syarikat (AS) memasuki zon larangan terbang yang digunakan oleh tentera China untuk latihan tembak dan menyifatkannya sebagai tindakan provokasi, menurut media negara itu.

Bendera kedua-dua negara China dan Amerika Syarikat. (Gambar fail: Reuters/Hyungwon Kang)
BEIJING: China mendakwa sebuah pesawat pengintip Amerika Syarikat (AS) memasuki zon larangan terbang yang digunakan oleh tentera China untuk latihan tembak dan menyifatkannya sebagai tindakan provokasi, menurut media negara itu.
Penerbangan jet pengintai U-2 ke sebuah kawasan di utara China melanggar peraturan keselamatan antara kedua-dua negara, lapor agensi berita Xinhua, menukil jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian pada Selasa.
"Tindakan AS itu pastinya akan mengakibatkan salah faham malah menyebabkan kemalangan," menurut laporan itu, sambil menambah bahawa tindakan itu adalah provokasi yang jelas.
"China dengan tegas menentang tindakan provokatif sedemikian dan sudah menghantar pemakluman kepada pihak AS," katanya.
Kemarahan Beijing tercetus ketika hubungan AS dengan China merosot ke paras terendah dalam sejarah, dengan ketegangan memuncak berhubung masalah perdagangan, ketenteraan dan politik.
Dari segi ketenteraan, tentera laut AS secara tetap melakukan operasi berdekatan Taiwan dan di Laut China Selatan, sekali gus seakan mencabar tuntutan wilayah itu oleh China.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.