Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesawat penumpang komersil pertama buatan China lakukan penerbangan sulung

Anggaran Waktu Membaca:
SHANGHAI: Pesawat penumpang C919 yang dibangunkan sendiri oleh China, memulakan penerbangan komersil pertamanya dari Shanghai ke Beijing pada Ahad, lapor Xinhua.

Penerbangan MU9191 yang dikendalikan oleh China Eastern Airlines itu berlepas pada 10.32 pagi waktu tempatan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao dengan 128 penumpang.

Ia dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital.

C919 ialah pesawat pertama yang dibangunkan di China mengikut piawaian kelayakan udara antarabangsa, dan dilindungi di bawah harta intelek bebas.

Projek C919 telah dilancarkan pada 2007 dan dibangunkan oleh Commercial Aircraft Corporation of China, Ltd.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan