Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesawat pejuang M'sia masih berfungsi baik: Dr Mahathir

Walaupun pesawat-pesawat pejuang Malaysia sudah lama dibeli oleh kerajaan kata Dr Mahathir Mohamad, prestasinya masih di tahap baik kerana ia dijaga dan diselenggara dengan rapi.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat pejuang M'sia masih berfungsi baik: Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 27 Mar 2019 05:27PM Dikemas Kini : 27 Mar 2019 05:31PM

LANGKAWI: Pesawat pejuang Malaysia masih lagi berfungsi dengan baik dan mampu digunakan untuk beberapa tahun lagi, menurut Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun pesawat-pesawat tersebut sudah lama dibeli oleh kerajaan kata beliau, prestasinya masih di tahap baik kerana ia dijaga dan diselenggara dengan rapi.

Menurutnya, prestasi pesawat yang baik itu jelas boleh dilihat semasa pertunjukan udara pada majlis pembukaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19) pada pagi Selasa (26 Mac).

“Ya, kita memang berminat (untuk beli pesawat baharu) tapi pada waktu ini belum sampai waktunya, kita dapati pesawat yang kita beli lama (dahulu) masih boleh berfungsi dengan baik.

“Kita boleh lihat pagi tadi, demonstrasi yang melibatkan semua pesawat lama ini, ia telah dijaga dan di selenggara dengan baik dan kita dapati keupayaan mereka menunjukkan mereka boleh tahan lama lagi,” katanya Dr Mahathir dalam satu sidang media sempena LIMA’19 semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Malaysia bercadang untuk menggantikan pesawat tempur milik negara yang sudah berusia, dengan pesawat yang baru.

Menteri Pertahanan Malaysia Mat Sabu (Gambar: Bernama)

Julai lalu, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mendedahkan hanya empat daripada 28 jet pejuang buatan Rusia milik Tentera Udara Diraja Malaysia masih berupaya untuk terbang.

Sebulan kemudian menteri itu berkata di Parlimen bahawa aset pertahanan Malaysia mendapat "ranking paling corot" di Asia Tenggara.

Hujung minggu lalu, Dr Mahathir pula berkata Malaysia mungkin akan bertindak balas terhadap rancangan Kesatuan Eropah (EU) mahu mengehadkan penggunaan minyak kelapa sawit Malaysia. Ini dengan mengambil langkah membeli pesawat-pesawat pejuang baru dari China dan bukan dari syarikat senjata Eropah.

Sumber : Bernama/CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan