Skip to main content

Dunia

Pesawat Mexico mendarat darurat setelah penumpang cuba rampas kawalan

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat Mexico mendarat darurat setelah penumpang cuba rampas kawalan

(Gambar fail: Alfredo ESTRELLA / AFP)

MEXICO CITY: Seorang penumpang dalam penerbangan domestik di Mexico cuba melencongkan sebuah pesawat ke Amerika Syarikat (AS) secara paksa tetapi berjaya dihalang oleh kru penerbangan dan penumpang, lapor Agensi Anadolu (AA).

Suspek, yang ditahan selepas insiden itu dilaporkan mengaku bahawa dia melakukan perbuatan berkenaan kerana penjenayah telah menculik seorang anggota keluarga terdekatnya dan mengancam nyawanya.

Pada Ahad pagi(8 Dis), Volaris, sebuah syarikat penerbangan utama Mexico, melaporkan bahawa seorang lelaki berusia 31 tahun cuba melencongkan penerbangan 3401 dari El Bajio, tengah Mexico ke Amerika Syarikat "dengan menggunakan kekerasan".

Dia menyerang seorang anak kapal dan cuba memecah masuk ke dalam kokpit untuk mengambil alih kawalan penerbangan sebelum berjaya ditahan, lapor Anadolu.

Pesawat itu melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Guadalajara, sekitar 2,220 kilometer dari destinasi asalnya, di mana anggota Pengawal Kebangsaan Amerika menantikannya.

Suspek yang menaiki penerbangan itu bersama isteri dan dua anaknya, boleh berdepan hukuman penjara antara tiga hingga 20 tahun selepas Volaris memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita