Pesawat menuju Turki patah balik ke Uganda atas langkah keselamatan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: iStock)
KAMPALA: Pesawat Turkish Airlines penerbangan TK612 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe, Uganda ke Istanbul tidak meneruskan penerbangan ke destinasi akhir atas langkah keselamatan, menurut pengawal selia pengangkutan udara pada Ahad (26 Jan), lapor Xinhua.
Penguasa Penerbangan Awam Uganda (UCAA), sebuah badan pengawal selia pengangkutan udara milik negara, memaklumkan di laman X bahawa pesawat A333 itu selamat mendarat semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe pada pukul 10.50 pagi waktu tempatan pada Ahad selepas berlegar-legar di ruang udara Uganda selama lebih tiga jam untuk mengurangkan bahan api ke tahap selamat bagi pendaratan.
Menurut UCAA, kesemua 269 penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat. Walaupun tidak dinyatakan isu keselamatan yang berlaku, pengawal selia itu memaklumkan bahawa langkah berjaga-jaga itu adalah "prosedur keselamatan standard dalam industri penerbangan."

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.