Skip to main content

Dunia

Pesawat Lion Air ke Kuala Lumpur tertunda dek ancaman bom

Penerbangan pesawat Lion Air tertunda disebabkan ancaman bom oleh seorang penumpang yang berada di dalam kabin.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat Lion Air ke Kuala Lumpur tertunda dek ancaman bom

Pesawat Lion Air. (Gambar: AFP PHOTO/FILES/ADEK BERRY)

Diterbitkan : 28 May 2018 07:50AM Dikemas Kini : 28 May 2018 07:51AM

JAKARTA: Penerbangan pesawat Lion Air tertunda disebabkan ancaman bom oleh seorang penumpang yang berada di dalam kabin.

Menurut laporan media tempatan semalam (27 Mei), penumpang lelaki itu dikatakan bergurau bahawa terdapat sebuah bom di dalam pesawat tersebut.

Gara-gara perbuatan yang tidak bertanggungjawab lelaki berkenaan, pesawat Lion Air JT280 dari Jakarta ke Kuala Lumpur itu terpaksa ditunda selama hampir dua jam.

Penumpang tersebut kemudian ditahan pihak berkuasa Lapangan Terbang Soekarno Hatta untuk membantu siasatan.

Menurut wakil Bahagian Komunikasi Korporat Lion Air, Danang Mandala Prohantoro, penundaan waktu penerbangan itu adalah bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Berikutan insiden itu, pihak Lion Air membuat pemeriksaan mengikut Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang ditetapkan sebelum pesawat dibenarkan berlepas, lapor Astro AWANI.

Pesawat tersebut dijadualkan bertolak pada jam 11.40 pagi namun hanya berlepas pada jam 2.15 petang waktu tempatan.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita