Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pesawat Lion Air JT330 terpaksa patah balik; enjin pesawat terbakar sejurus berlepas

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Pesawat Lion Air JT330 terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sejurus berlepas akibat kebakaran yang berlaku di bahagian enjin.

Pesawat menuju ke Palembang di wilayah Sumatera Selatan itu membawa 169 penumpang dan enam anak kapal. Ia berlepas pada pukul 5.14 petang waktu tempatan pada Rabu (26 Okt), namun terpaksa berpatah balik 32 minit kemudian dan berjaya mendarat dengan selamat.

“Pada ketinggian 3,000 kaki, juruterbang mendapati operasi satu daripada komponen kapal terbang tidak berfungsi,” menurut kenyataan syarikat penerbangan tambang murah Indonesia itu.

Pegawai komunikasinya, Danang Mandala Prihantoro, berkata siasatan sedang dijalankan.

Sementara itu, jurucakap Polis Metropolitan Jakarta Endra Zulpan berkata pesawat itu mengalami masalah pada enjin di bahagian kiri pesawat, lapor portal berita tempatan, liputan6.com.

Penumpang telahpun dipindahkan ke pesawat lain dan berlepas semula pada pukul 7.40 malam waktu tempatan, tambah beliau.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan