Skip to main content

Dunia

Pesawat kargo DHL terhempas ke sebuah rumah; seorang maut, tiga cedera

Pesawat jenis Boeing 737-400 itu berlepas dari Leipzig, Jerman sebelum terhempas ke sebuah rumah di Lithuania.

Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat kargo DHL terhempas ke sebuah rumah; seorang maut, tiga cedera

Pekerja menyelamat di Lithuania berada di tapak nahas pesawat kargo DHL dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Vilnius pada 25 Nov, 2024. (Gambar AFP/Petras Malukas)

Diterbitkan : 25 Nov 2024 05:45PM Dikemas Kini : 25 Nov 2024 05:46PM
VILNIUS: Sebuah pesawat kargo DHL terhempas ke sebuah rumah berhampiran Lapangan Terbang Vilnius, di Lithuania pada Isnin (25 Nov), kira-kira 3.30 pagi waktu tempatan.

Insiden itu mengakibatkan seorang maut dan mencederakan tiga yang lain, menurut pegawai lapangan terbang.

Menurut jurucakap Pusat Pengurusan Krisis Nasional pemerintah Lithuania, pesawat tersebut dikendalikan oleh syarikat penerbangan SWIFT bagi pihak DHL.

Ia berlepas dari Leipzig, Jerman sebelum terhempas ke sebuah rumah di Lithuania.

Bagaimanapun, semua penghuni rumah tersebut terselamat, tambahnya.
 
Bangkai pesawat kargo dekat tapak nahas di Lapangan Terbang Antarabangsa Vilnius pada 25 Nov, 2024. (Gambar AFP/Petras Malukus)
Pegawai penguatkuasaan Lithuania dikejarkan ke tapak nahas dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Vilnius pada 25 Nov, 2024. (Gambar: AFP/Petras Malukas)
Seorang jurucakap lapangan terbang berkata pesawat berkenaan jenis Boeing 737-400.

Polis memberitahu satu sidang media bahawa 12 orang telah dipindahkan dari rumah terbabit.

Perkhidmatan menyelamat berkata, pesawat itu tergelincir sekurang-kurangnya 100 meter sebelum terhempas ke dalam bangunan.

Ketua pusat pengurusan krisis negara berkata punca nahas sedang disiasat.

Anggota bomba giat memadamkan kebakaran di lokasi kejadian, kira-kira 1.3 kilometer di utara landasan Lapangan Terbang Vilnius.

Kehadiran anggota polis dan ambulans turut dilihat di kawasan itu serta beberapa jalan utama berdekatan ditutup.

Petugas kecemasan kini berada di lokasi kejadian dan punca kemalangan masih belum diketahui.
 
Sumber : AGENCIES
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita